Linguistics??

Amende ye linguistics 2???

Namun, saya bersetuju dengan Prof Dr Awang Sariyan. Konsep pencemaran setiap individulah yang menjadi peranan. Terdapat segelintir individu yang mengatakan bahawa bahasa tidak lebih dari sekadar means of transportation. Menurut beliau juga, tidak wajar jika pencemaran bahasa hanya dirujuk berdasarkan kepada penakrifan bahawa pencemaran bahasa berlaku kerana pengmbilan perkataan asing. penakrifan sebegitu sebenarnya kurang relevan kerana jika diambil dengan menurut kepada kaedah yang telah ditetapkan berdasarkan kaedah tatabahasa Melayu, maka tidak ada salahnya kita menggunakan istilah asing untuk. Apatah lagi jika konsep tersebut belum pernah ada lagi dalam pandangan hidup kita. Misalnya bom, televisyen, cat, karaoke, radio, komputer dan lain-lain. Pencemaran bahasa utama yang perlu kita atasi ialah lebih kepada pencemaran dalam bidang sintaksis kerana pencemaran dalam bidang ini yang merosakkan sistem bahasa Melayu. Dengan demikian, pencemaran bahasa itu terpulang kepada pemikiran masing-masing. Tetapi perlu diingat bahawa Bahasa Melayu pernah menjadi bahasa ilmu, bahasa kesusasteraan dan pernah menjadi bahasa lingua franca suatu ketika dahulu. Tidakkah kita perlu berasa malu jika suatu ketika nanti generasi selepas kita ini mempersoalkan kegagalan kita yang tidak berupaya untuk mempertahankan "bahasa jiwa bangsa kita" ini.

Bahasa??? Bahasa secara teorinya ialah alat untuk membentuk minda, perasaan dan keinginan. Selain penanda bangsa, bahasa juga dapat merefleksikan latar budaya. Satu sistem tabiat yang amat rumit. Sintesis daripada bunyi yang terbentuk dari aspek luaran dan dalaman. Menurut Prof. Dr. Hjh Asmah bahasa ialah sistem berstruktur daripada bunyi vokal dan urutan bunyi secara arbitrari untuk berkomunikasi. Walaupun bahasa merupakan salah satu wacana dalam berkomunikasi, namun bahasa mempunyai pengaruh yang lebih luas lagi. Melalui bahasa, sesuatu tamadun itu dikenali, melalui bahasa juga, sesuatu bangsa itu dikenali, melalui sesuatu bahasa itu, keagungan sastera dan budaya sesuatu bangsa itu diagungkan. Pendek kata tanpa bahasa apalah itu bangsa. Slide 2


*
*
*
Namun begitu, lewat kebelakangan ini, penggunaan bahasa Melayu dikatakan telah dinodai, dikotori dan telah dicemari! Benarkah dakwaan tersebut?? Benarkah dakwaan yang mengatakan bahawa bahasa Melayu iaitu kecintaan kita, nyawa kita bagi orang-orang Melayu telah tercemar??
Tetapi apakah yang dimaksudkan dengan pencemaran bahasa?? Khususnya dalam bahasa Melayu?? Pencemaran ialah perbuatan yang mengotorkan sedangkan dalam Kamus Dewan Bahasa Edisi ke 3, pencemaran bahasa ialah penggunaan bahasa yang salah dalam masyarakat.

Antara ciri-ciri pencemaran bahasa ialah:
1. Pengutamaan bahasa asing
2. Penggunaan bahasa yang tidak menepati tatabahasa Melayu
3. Kesalahan ejaan
4. Pemilihan kosa kata yang kurang tepat
5. Pencampuran bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dan sebagainya.
Rujuk kepada http://purnama.dbp.gov.my/webpurnama

Yang ingin ditekankan di sini ialah bukankah Bahasa Melayu memang telah banyak diasimilasikan dengan perkataan-perkataan asing? Apakah sebenarnya lesikal asli Bahasa Melayu? Berapa banyakkah perkataan asli bahasa Melayu?? Bukankah sedari dalam kesusasteraan Melayu Kuno lagi, kita lebih mengutamakan bahasa Sanskrit? Begitu juga dalam era kegemilangan kesusasteraan Melayu Klasik juga, bukankah pengutamaan kepada Bahasa Arab dan Bahasa Parsi lebih menonjol??
Jadi dimanakah Bahasa Melayu?? Jadi relevankah jika dikatakan bahawa pencemaran bahasa telah berlaku dalam Bahasa Melayu??




*.
*

Radio penyampai maklumat, pengubat jiwa

wo de ge jian li

My photo
so craziest in felinity especially all the lovely cat n love the knowledgement.. The truth is, i want to be a true Malay.

Kawan-kawan jgk...