Linguistics??

Amende ye linguistics 2???

Bahasa??? Bahasa secara teorinya ialah alat untuk membentuk minda, perasaan dan keinginan. Selain penanda bangsa, bahasa juga dapat merefleksikan latar budaya. Satu sistem tabiat yang amat rumit. Sintesis daripada bunyi yang terbentuk dari aspek luaran dan dalaman. Menurut Prof. Dr. Hjh Asmah bahasa ialah sistem berstruktur daripada bunyi vokal dan urutan bunyi secara arbitrari untuk berkomunikasi. Walaupun bahasa merupakan salah satu wacana dalam berkomunikasi, namun bahasa mempunyai pengaruh yang lebih luas lagi. Melalui bahasa, sesuatu tamadun itu dikenali, melalui bahasa juga, sesuatu bangsa itu dikenali, melalui sesuatu bahasa itu, keagungan sastera dan budaya sesuatu bangsa itu diagungkan. Pendek kata tanpa bahasa apalah itu bangsa. Slide 2


*
*
*
Namun begitu, lewat kebelakangan ini, penggunaan bahasa Melayu dikatakan telah dinodai, dikotori dan telah dicemari! Benarkah dakwaan tersebut?? Benarkah dakwaan yang mengatakan bahawa bahasa Melayu iaitu kecintaan kita, nyawa kita bagi orang-orang Melayu telah tercemar??
Tetapi apakah yang dimaksudkan dengan pencemaran bahasa?? Khususnya dalam bahasa Melayu?? Pencemaran ialah perbuatan yang mengotorkan sedangkan dalam Kamus Dewan Bahasa Edisi ke 3, pencemaran bahasa ialah penggunaan bahasa yang salah dalam masyarakat.

Antara ciri-ciri pencemaran bahasa ialah:
1. Pengutamaan bahasa asing
2. Penggunaan bahasa yang tidak menepati tatabahasa Melayu
3. Kesalahan ejaan
4. Pemilihan kosa kata yang kurang tepat
5. Pencampuran bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris dan sebagainya.
Rujuk kepada http://purnama.dbp.gov.my/webpurnama

Yang ingin ditekankan di sini ialah bukankah Bahasa Melayu memang telah banyak diasimilasikan dengan perkataan-perkataan asing? Apakah sebenarnya lesikal asli Bahasa Melayu? Berapa banyakkah perkataan asli bahasa Melayu?? Bukankah sedari dalam kesusasteraan Melayu Kuno lagi, kita lebih mengutamakan bahasa Sanskrit? Begitu juga dalam era kegemilangan kesusasteraan Melayu Klasik juga, bukankah pengutamaan kepada Bahasa Arab dan Bahasa Parsi lebih menonjol??
Jadi dimanakah Bahasa Melayu?? Jadi relevankah jika dikatakan bahawa pencemaran bahasa telah berlaku dalam Bahasa Melayu??




*.
*

1 comments:

ooppppssss..
mampus aku kne banned lps ni..
huhuhu

Post a Comment

luahan pendapat

Radio penyampai maklumat, pengubat jiwa

wo de ge jian li

My photo
so craziest in felinity especially all the lovely cat n love the knowledgement.. The truth is, i want to be a true Malay.

Kawan-kawan jgk...