Linguistics??

Amende ye linguistics 2???

Ibu segala pandemik


KEMUNCULAN virus Influenza A baru telah lama diramalkan sejak wabak pandemik Influenza tahun 1918, sama ada kemunculan semula virus yang sama ataupun warisnya.


ESEMUA pandemik Influenza A sejak itu (pandemik Spanish flu), dan hampir semua kes Influenza A di seluruh dunia (kecuali jangkitan virus unggas seperti H5N1 dan H7N7 pada manusia) berpunca daripada waris keturunan virus pada 1918 tersebut.

"Ini termasuk (variasi) virus H1N1 baru dan juga virus H2N2 dan H3N2 yang mengalami penyusunan semula genetik!"

Itu merupakan telahan Dr. Jeffery K. Taubenberger pada 2006, dalam rencananya kepada Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat bertajuk 'Influenza 1918: Ibu Segala Pandemik'.

Ini mungkin sukar difahami sesetengah pembaca. Asasnya, Dr. Taubenberger menceritakan bagaimana maklumat terbaru menunjukkan hampir kesemua variasi virus Influenza A merupakan pewaris kepada virus Influenza A H1N1 yang membunuh antara 50 hingga 100 juta penduduk dunia sekitar tahun 1918 dan 1919. Bermacam variasi virus Influenza A muncul selepas tahun 1919, termasuklah variasi terbaru (2009) yang sama namanya, Influenza A H1N1.

Evolusi 90 tahun

Dibandingkan antara virus Influenza A H1N1 pada 1918 dengan virus-virus Influenza kini, Dr. Taubenberger mendapati hanya terdapat perubahan kecil kepada susunan genetiknya.

Daripada 4,400 rantaian asid amino (binaan genetik) pada H1N1 tahun 1918, hanya 25 hingga 30 asid amino sahaja yang berbeza. Perbezaan kecil ini sudah cukup untuk mengubah satu virus unggas (burung) menjadi pembunuh yang mudah merebak antara manusia.

H1N1 yang bermula pada 1918 secara misteri, juga hilang secara misteri pada 1919. Selepas 90 tahun, evolusi virus Influenza A H1N1 telah menghasilkan bermacam variasi yang dinamakan mengikut struktur protein di permukaan kapsul virus, iaitu hemaglutinin (H) dan neuraminidase (N). Ciri H dan N ini juga menentukan tahap bahaya variasi virus tersebut. Dari 16 jenis protein H dan sembilan protein N, hanya H1, 2, 3 serta N1 dan 2 yang biasa ditemui pada virus yang menyerang manusia.

Perlindungan

Dengan mengenali gen tertentu pada variasi baru virus, tahap ancamannya kepada manusia dapat dianggarkan sebelum wabak bermula. Ramalan ancaman bagaimanapun hanya dapat dibuat jika variasi baru virus Influenza A dilaporkan dengan segera. Kemunculan H1N1 pada April 2009 di Mexico bagaimanapun dilaporkan agak lewat, di ketika virus tersebut sudah pantas merebak.

Vaksin menjadi kaedah perlindungan pilihan untuk kumpulan berisiko tinggi seperti kanak-kanak dan warga emas, serta penghidap penyakit kronik. Bagaimanapun, keupayaan mutasi Influenza A yang tinggi bermakna vaksin yang sama mungkin tidak berkesan untuk jangka panjang dan perlu diformulasi semula mengikut perubahan virus.

Masa enam bulan diperlukan untuk menghasil dan mengedarkan vaksin kepada semua yang memerlukannya. Untuk virus H1N1 terbaru ini, vaksin dijangka hanya dapat diedarkan di penghujung 2009 dengan keutamaan kepada kakitangan kesihatan dan kumpulan berisiko tinggi.

Kaedah kawalan lain seperti penutupan sekolah dan tempat tumpuan awam semasa menghadapi pandemik-pandemik sebelum ini dilihat dapat memperlahankan penularan virus tetapi tidak memberi kesan kepada kadar kematian.

Masalah yang dihadapi dengan tindakan penutupan sekolah dan tempat kerja adalah pergerakan individu dijangkiti ke tempat tumpuan umum yang lain, sedangkan mereka sepatutnya mengasingkan diri di rumah masing-masing.

Selesema Ramadan

Ketibaan Ramadan tahun ini agak berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya. Melihat kepada kadar peningkatan beratus-ratus kes setiap hari, cara penyebaran virus di hospital, pusat membeli belah mahupun di bazar Ramadan perlu dikawal dengan ketat oleh semua pihak.

Tidak perlu menghentikan terus aktiviti harian! Namun, mereka yang mempunyai walau sedikit gejala penyakit seakan-Influenza perlu mengasingkan diri dari tempat tumpuan umum. Bukan hanya orang ramai, pekerja dan terutamanya peniaga, perlu mengelakkan hubungan terus dengan umum jika berkemungkinan menghidap selesema.

Ingatlah bahawa virus Influenza A mempunyai kemampuan mutasi yang tinggi. Ini bermakna ancaman kesihatan mungkin jauh lebih dahsyat kelak, terutamanya ketika sesetengah saintis khuatir kemungkinan gabungan H1N1 dengan virus selesema burung (H5N1).

Jika kedua-dua virus itu bergabung, kemungkinan akan muncul satu virus baru yang mudah merebak seperti H1N1 dan keupayaan membunuh lebih tinggi seperti H5N1.

Jumlah kematian yang tinggi antara 1918 dan 1919 mungkin akibat tiadanya vaksin dan antiviral serta kurangnya keupayaan mengawal komplikasi yang timbul.

Walaupun kita jauh lebih bersedia menghadapi virus H1N1 terbaru ini, perlu diingat bahawa kematian tetap boleh berlaku jika badan pesakit terlalu lemah untuk menentang jangkitan.

Oleh itu, perkara utama adalah untuk memastikan diri dan keluarga anda terlindung daripada jangkitan mana-mana waris Influenza A H1N1, melalui sebarang dan semua kaedah pencegahan yang ada.

2 comments:

bagus2...cekau skit maklumat nih...heheheh..mau letak dlm cerpen..hohoho

ye sayang..
hahaha

Post a Comment

luahan pendapat

Radio penyampai maklumat, pengubat jiwa

wo de ge jian li

My photo
so craziest in felinity especially all the lovely cat n love the knowledgement.. The truth is, i want to be a true Malay.

Kawan-kawan jgk...